Aduhai puteri anggun warisan srikandi
Murni jiwa mulia dihati
Setia mengadun sumpah dan janji
Hebat menyala obor panji-panji
Gagah mempertahan benteng pertiwi
Usah biarkan jiwa ragamu
Terpasong terjajah kaku dan layu
Hilang jatidiri tandus wibawa terperi
Kerana kau adalah puteri
Yang sekian lama terasuh mengenal budi
Mari kita bena penyatuan insaniah
Merobah wawasan si penjajah
Seperti nenek moyang di zaman khalifah
Gigih melaksana setiap wasilah
Hiasan diri dan setiap wajah
Adalah warisan Khadijah Aishah
Lembut menyimpan setiap amarah
Bingkas menghumban untuk menyerah
Kelmarin mentari suram sirnanya
Hari ini alam semesta gerhana
Namun esok pasti akan menjelma
Membawa sinar bahagia
Merobah setiap fatarmorgana
Realiti yang tercerna
Di pertemuan indah ini
Kau puteri hati
Mari sekali lagi
Ku sepuh serapah jampi
Dari ubun-ubun lembut seri dewi
Tubuhmu kan kusiram air wangi
Telaga Siti Hajar dingin suci
Agar jiwamu teguh berdiri
Minda tidak terjajah lagi

No comments:
Post a Comment