Monday, March 10, 2008

Well done Malaysians GE 12 bravoooo........

Congrats! To all Malaysians. BR menang besar. Sebagai seorang PM yang gagal menerajui kerajaan Malaysia seharusnya Pak Lah meletakkan jawatan dan penggantinya haruslah diputuskan dalam mesyuarat UMNO sendiri tanpa ada suara-suara orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi @ pembodek untuk menamakan seseorang mengikut hiraki. Serahkan jawatan presiden UMNO untuk ditandingi dalam pemilihan akan datang. Cadangan TDM menamakan Najib sebagai pengganti Pak Lah umpama terlepas dari mulut naga masuk ke mulut buaya. Untuk waktu terdekat ini dalam suasana yang serba kalut seharusnya seseorang yang lebih veteran dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dipilih untuk menenangkan suasana. Pada fikiran saya orang yang paling sesuai dan berpengalaman dalam mengatasi situasi sebegini yang pernah berlaku suatu ketika dahulu adalah Tengku Razaleigh Hamzah.

0 comments: